Ewon tinjau keperluan tambahan di Klinik Kesihatan Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon tinjau keperluan tambahan di Klinik Kesihatan Penampang

28 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick meninjau keperluan tambahan di Klinik Kesihatan Penampang semasa menghadiri Children Christmas Party 2023, di sini, hari ini.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersetuju menyalurkan peruntukan untuk membekalkan dua kontena untuk dijadikan bilik pejabat dan tempat penyimpanan kelengkapan di Pusat Rehabilitasi Kanak-Kanak.


“Saya bersetuju menggunakan sebahagian daripada peruntukan Ahli Parlimen Penampang dan peruntukan khas menteri pada tahun depan untuk membiayai keperluan yang dikemukakan pihak Klinik Kesihatan Penampang kepada saya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Krismas Bersama Kanak-Kanak anjuran Pertubuhan Pembangunan Wanita Desa Pantai Barat Sabah (DESANITA) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Penampang dan Pejabat Daerah Penampang, di Klinik kesihatan Penampang.


Mengenai majlis itu, Ewon berharap ia membawa keceriaan kepada kira-kira 70 kanak-kanak yang diraikan sempena sambutan Hari Natal.


Beliau turut memuji Desanita atas usaha menganjurkan majlis seumpama itu.


Turut hadir, isteri Ewon, Datin Connie Parantis, Presiden Desanita Clarice Moiji, Penasihat Desanita Datuk Christine Vanhouten, Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan wakil Klinik Kesihatan Penampang dan Pejabat Kesihatan Penampang.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page