EWON TINJAU RUMAH BINA BAHARU DI KG. KIAU NULUHEWON TINJAU RUMAH BINA BAHARU DI KG. KIAU NULUH
top of page
  • nabalunews

EWON TINJAU RUMAH BINA BAHARU DI KG. KIAU NULUH


10 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meluangkan masa meninjau salah sebuah rumah bina baru Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) milik Dennysius Tandai, di Kg. Kiau Nuluh, di sini, hari ini.


Ewon berkata, Dennysius adalah antara keluarga yang telah dibantu untuk mendapatkan rumah bina baharu PPRT tahun lalu.

“Mereka akan berpindah masuk mendiami rumah ini. Saya juga gembira kerana beliau meneruskan penanaman lada hitam yang kini menjadi sebahagian sumber pendapatan mereka.


“Semoga anak-anaknya terus maju jaya dalam pelajaran dan menjadi pemimpin untuk menolong masyarakat apabila dewasa nanti. Syukur dan gembira bila dapat membantu penduduk kampung yang memerlukan bantuan,” katanya.


Sementara itu, pemilik rumah berkenaan Dennysius, 48, bersama keluarganya akan berpindah ke rumah baru mereka apabila pemasangan meter elektrik siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada Datuk Ewon kerana membantu keluarga saya mempermudahkan permohonan rumah PPRT ini yang lebih selesa,” katanya.


Sebelum itu Ewon menghadiri Majlis Adat Istiadat Perdamaian, Penyembuhan dan Pengimbangan Alam Sejagat di Kiau Nuluh, yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page