top of page

Fahmi Fadzil hargai sumbangan petugas televisyen sempena Hari TV sedunia

  • nabalunews
  • Nov 21, 2024
  • 1 min read

21 November 2024


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menyampaikan penghargaan kepada petugas televisyen di hadapan dan belakang tabir sempena Hari Televisyen Sedunia, yang disambut setiap 21 November.


Dalam hantaran di Facebook, Fahmi menzahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang telah berkorban tenaga, masa, dan komitmen untuk memastikan penyiaran terus berkualiti dan memberi impak positif kepada masyarakat.


"Hari ini adalah hari kita menghargai sumbangan tidak ternilai daripada semua petugas di hadapan dan belakang tabir televisyen. Setinggi-tinggi penghargaan buat kesemua tulang belakang yang menjayakan dunia penyiaran dengan rancangan menghiburkan, mendidik, dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat," katanya.


Beliau turut menyeru agar inovasi terus diteruskan demi memberikan kandungan terbaik kepada penonton di seluruh dunia.


"Teruskan berinovasi dan memberikan yang terbaik kepada penonton di seluruh dunia. Selamat Hari TV Sedunia," tambahnya.


Hari Televisyen Sedunia pertama kali diperkenalkan pada 1996 sebagai memperingati Forum Televisyen Sedunia yang diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sambutan ini bertujuan mengiktiraf peranan penting televisyen dalam menyampaikan maklumat, memupuk kesedaran, dan menyatukan masyarakat global.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page