top of page

MCMC siasat individu muat naik kandungan palsu terhadap SPRM, Azam Baki

  • nabalunews
  • Apr 21
  • 1 min read

21 April 2026


CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu di platform TikTok terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.


MCMC berkata, individu terbabit sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan dan pihaknya turut menyita seunit peranti komunikasi yang digunakan memuat naik kandungan berkenaan.


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut MCMC, pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.


Suruhanjaya itu menegaskan tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.


“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial dan media digital.


“Selain itu, tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page