top of page

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula 30 September ini

  • nabalunews
  • Sep 26
  • 1 min read
ree

26 September 2025


KOTA KINABALU: Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 September ini dan akan berterusan hingga November depan.


Permulaan fasa berkenaan menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 10 Mei 2025.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

ree

“Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam," menurut kenyataan itu.


MetMalaysia memaklumkan ia dijangka banyak berlaku di kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan selatan dan tengah Sarawak.


Menurutnya, fenomena cuaca berkenan berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.


“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan,” tambah kenyataan itu.


Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline METMalaysia melalui talian 1-300-22-1638.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page