top of page

Festival Pewaris Watan "Jiwa Merdeka, Semarak Perpaduan" Kolej Komuniti Sandakan

nabalunews


14 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Festival Pewaris Watan "Jiwa Merdeka, Semarak Perpaduan" Kolej Komuniti Sandakan yang diadakan selama hampir 3 minggu memupuk rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar kolej itu dan menghayati erti sebuah kemerdekaan melalui beberapa program yang dijalankan.


Festival ini juga menyemai rasa hormat menerusi interaksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan belia, orang dewasa dan warga emas emas serta saling menghargai antara satu sama lain.


Festival itu turut mengukuhkan hubungan antara Kolej Komuniti Sandakan dengan komuniti setempat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dan rakan strategik selain memupuk nilai kebersamaan dalam satu pasukan.


Majlis penutupan festival berkenaan disempurnakan Pegawai Perpaduan Bahagian Sandakan, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Nurfa Izah Mohamad di kolej itu pagi tadi


Festival ini turut dihadiri Pegawai Pembangunan Pelajar, Mohd Fairus Sulaiman dan Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni Kolej Komuniti Sandakan, Norhadymanshah Lim yang mewakili Pengarah Kolej berkenaan, Rudiansah Nonche.


Dalam ucapan beliau, Nurfa Izah, berkata, penghayatan erti sebenar kemerdekaan di kalangan belia penting selain memastikan jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu terus dihargai dan dikenang sepanjang masa.


Beliau juga memuji penganjuran festival itu yang menyemai semangat cintakan tanah air dan memupuk pengertian jiwa merdeka.


Manakala Norhadymanshah yang mewakili Rudiansah, berkata, festival itu turut menyediakan ruang untuk pelajar mengasah kemahiran kepimpinan serta kerja berpasukan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page