FOB TELUK USUKAN MULA OPERASI JAGA PERAIRAN SABAH BARAT - TLDMFOB TELUK USUKAN MULA OPERASI JAGA PERAIRAN SABAH BARAT - TLDM
top of page
  • nabalunews

FOB TELUK USUKAN MULA OPERASI JAGA PERAIRAN SABAH BARAT - TLDM



9 DIS 2020


KOTA KINABALU: Forward Operating Base (FOB) Teluk Usukan, Kota Belud mula beroperasi 1 Dis lepas bagi menyediakan sokongan logistik kepada pihak berkuasa yang bertugas 24 jam menjaga perairan Sabah Barat bermula dari perairan Kudat sehingga ke perairan Labuan.


Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi kenyataan hari ini memberitahu FOB itu memberi sokongan logistik kepada anggota TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bertugas menjaga perairan itu.


Menurut kenyataan itu, langkah pengoperasian FOB itu adalah sebahagian daripada Operasi Benteng Timur Laut dilancarkan MPA Timur berpangkalan di Teluk Sepanggar di sini pada 12 Mei lepas bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin dibimbangi akan menyebarkan COVID-19.


"Selain daripada pencegahan pendatang tanpa izin, operasi ini juga akan memberi tumpuan kepada masalah jenayah rentas sempadan seperti penculikan dan penyeludupan.


"Di samping menyediakan sokongan logistik, FOB Teluk Usukan disasarkan untuk meningkatkan keberkesanan operasi melalui pendekatan show of force dan deterrence (cegah-rintang) di lapangan," kata kenyataan tersebut.


Kenyataan itu memberitahu menerusi FOB Teluk Usukan juga keupayaan memintas sasaran di laut juga dapat ditingkatkan dengan bantuan maklumat pengesanan kontak menggunakan radar pihak APMM yang terdapat di Pulau Gaya, Pulau Mantanani dan Pulau Balambangan.


Mesyuarat Pengoperasian FOB Teluk Usukan telah dilaksanakan semalam di lokasi tersebut bagi membincangkan secara terperinci operasi yang dilaksanakan dipengerusikan Timbalan Panglima Armada Timur Laksamana Pertama Sazalee Shoib. – Bernama


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page