top of page

Friendship CAMP rapatkan kesepakatan badan beruniform di Sabah

  • nabalunews
  • Dec 14, 2024
  • 1 min read



14 Disember 2024


KOTA BELUD: Program Friendship CAMP Pasukan Badan Beruniform Negeri Sabah Tahun 2024 peringkat Kota Belud berjaya memberikan pengalaman berharga kepada semua peserta dalam konteks memperkukuh hubungan persahabatan antara pasukan badan beruniform di negeri ini.


Program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambatuan, Kota Belud ini telah berlangsung dengan jayanya dari 11 Disember sehingga 13 Disember bertempat di SK Tambatuan.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pemaju Mukim N11 Anichlose Kesimin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya melibatkan daerah luar selain dari Kota Belud dalam program ini. Program ini turut melibatkan 158 peserta dan sukarelawan dari Institut Perguruan Gaya, Tuaran.


Hadir sama dalam majlis ini adalah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Erfairizie Deraman, Ketua Kampung Tambatuan, guru-guru besar dari daerah Kota Belud, serta guru-guru luar daerah dan penolong-penolong kanan sekolah.


Program ini mendapat sokongan penuh daripada Ewon serta Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page