top of page

Gagal bayar denda RM15,000, lelaki dipenjara 10 bulan

nabalunews
2 hours ago
1 min read

Oleh Romie Stanley DGuns


TAWAU, 24 Sept: Mahkamah Sesyen Tawau semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang lelaki selepas gagal membayar denda RM15,000 kerana memiliki barang kawalan tanpa permit.


Lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.


Mahkamah turut memerintahkan 600 liter petrol yang disita dijual dan hasil jualannya dijadikan hasil kerajaan. Sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran dan enjin sangkut Yamaha 40 kuasa kuda pula diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk dilupuskan.


Kes itu hasil tindakan penguatkuasaan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, PMP Zulkifli Baco.


Ketua Cawangan KPDN Semporna, Mohammad Roli Aliman, berkata pihaknya akan terus mempergiat penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang berkaitan kawalan bekalan.


“Tindakan ini selaras dengan komitmen KPDN dalam memastikan barang kawalan bersubsidi tidak disalahgunakan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page