top of page
  • nabalunews

GAJI MENTERI, PEMBANTU MENTERI SABAH DIPOTONG 50 PERATUS SELAMA DUA BULAN


Gambar fail

10 Jun 2021


KOTA KINABALU: Kabinet Negeri Sabah mengambil keputusan pemotongan gaji 50 peratus semua menteri dan pembantu menteri,selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah, semalam.


Katanya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga turut melepaskan 30 peratus daripada gaji mereka, selama sebulan.


“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik COVID-19.


“Kami dalam Kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya.


Dalam mesyuarat itu, Kabinet negeri turut mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik berkenaan.


bottom of page