top of page

Gara-gara mabuk, lelaki ditahan selepas tetak rakan

  • nabalunews
  • Apr 11, 2025
  • 1 min read


11 April 2025


TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak diluar kawalan sehingga menetak rakannya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Merotai Besar, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa berusia 49 tahun dilaporkan cedera di tangan dan badan akibat ditetak rakannya yang sedang mabuk.


Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang mahu berjumpa untuk menyelesaikan satu urusan.


Bagaimanapun katanya, setibanya dilokasi kejadian, mangsa tiba-tiba diserang oleh suspek yang pada ketika itu sedang mabuk menggunakan sebilah parang.


“Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan terus mendapatkan rawatan di Klinik kesihatan berhampiran.


“Berdasarkan maklumat awam yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai, berjaya menahan suspek berusia 30 tahun bersama parang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Champin berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek warga asing terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.


“Suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page