• nabalunews

GEMPA BUMI KUAT MELANDA SUMATERA, INDONESIA MALAM INI



10 FEB 2021


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia malam ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi pada 8.52 malam itu berpusat di 228 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 49 km.


Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama