top of page

Gempa bumi lemah 2.7 magnitud gegar Tawau

  • nabalunews
  • Dec 5, 2024
  • 1 min read

5 Disember 2024


KOTA KINABALU: Tawau dikejutkan dengan gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter yang berlaku pada awal pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Gempa itu dikesan pada jam 4.54 pagi dengan pusat gempa terletak pada koordinat 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur serta kedalaman 10 kilometer (km), iaitu kira-kira 17km dari pusat bandar Tawau.


“Gegaran dirasai di sekitar Tawau,” menurut kenyataan MetMalaysia.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan bahawa tiada kejadian tidak diingini dilaporkan akibat gegaran tersebut.


Setakat ini, pihak berkuasa terus memantau situasi dan menasihatkan penduduk agar kekal tenang dan berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page