top of page

Generasi Muda UPKO Tenom sokong Program Ekspedisi Ilmu Kepimpinan pelajar SMK Tenom

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

TENOM, 21 Ogos: Pergerakan Generasi Muda UPKO Bahagian Tenom menyampaikan sumbangan bagi membantu menjayakan Program Lawatan Ekspedisi Ilmu Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam (JPTE) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom.


Sumbangan itu disampaikan Ketua Pergerakan Generasi Muda UPKO Bahagian Tenom, Wilson Chieu kepada Bendahari JPTE SMK Tenom dalam satu pertemuan yang turut dihadiri Pengerusi Tetap Pergerakan Generasi Muda UPKO Bahagian Tenom, Victoria Grace.


Wilson berkata, sumbangan berkenaan merupakan tanda sokongan terhadap usaha pelajar melaksanakan program yang memberi manfaat dalam aspek kepimpinan dan pembangunan diri.


Katanya, program itu merupakan satu inisiatif yang baik dalam memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai institusi kerajaan dan institusi pendidikan tinggi, selain memupuk nilai kepimpinan, keyakinan diri serta semangat kerjasama dalam kalangan ahli JPTE.


“Kepimpinan bukan sekadar bercakap di hadapan, tetapi kesediaan untuk turun padang, mendengar dan memahami suara generasi muda.


“Mereka bukan sekadar pewaris masa hadapan, tetapi merupakan sebahagian daripada generasi yang akan mencorakkan arah pembangunan negara,” katanya.


Wilson berkata, Pergerakan Generasi Muda UPKO Bahagian Tenom akan terus mendekati dan memberi sokongan kepada golongan muda dalam usaha membina potensi serta memperkasa mereka sebagai pemimpin masa hadapan.


Katanya, pendekatan itu selaras dengan semangat TURUN • BINA • PERKASA, iaitu turun mendekati generasi muda, membina potensi mereka serta memperkasa golongan itu untuk menjadi pemimpin dan pencorak masa depan.


Beliau berharap Program Lawatan Ekspedisi Ilmu Kepimpinan itu dapat memberikan pengalaman serta pendedahan bermakna kepada para pelajar, sekali gus menyemarakkan semangat mereka untuk terus membina keyakinan dan kepimpinan diri.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page