Gerai dan kedai musnah dalam 2 kebakaran berbeza
- nabalunews
- Sep 12, 2024
- 1 min read

12 September 024
KOTA KINABALU: Dua kebakaran berasingan memusnahkan 2 premis perniagaan di Lahad Datu dan Penampang, hari ini.
Dalam kejadian pertama, 5 buah gerai di Batu 13, Simpang Jeroco, Lahad Datu, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.30 pagi.
Katanya sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai.
Api dapat dikawal jam 2 pagi manakala operasi bomba ditamatkan jam 2.39 pagi tadi.
Kejadian kedua pula berlaku kira-kira 3.30 petang tadi.
Kebakaran memusnahkan sebuah kedai di Kampung Segumau Madsiang, Penampang Jalan Tambunan.
Sepatutnya bomba dari BBP Penampan berjaya mengawal kebakaran jam 4.10 petang selepas menerina panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.42 petang.
Operasi bomba ditamatkan jam 4.35 pegang.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam kedua-dua kes itu masih disiasat.
Kommentare