GERAI MAKAN PASAR KIM FUNG DITUTUP UNTUK KERJA-KERJA NYAHKUMANGERAI MAKAN PASAR KIM FUNG DITUTUP UNTUK KERJA-KERJA NYAHKUMAN
top of page
  • nabalunews

GERAI MAKAN PASAR KIM FUNG DITUTUP UNTUK KERJA-KERJA NYAHKUMAN



14 OKTOBER 2020


SANDAKAN: Gerai makan Pasar Kim Fung, Batu 4 di sini akan ditutup selama tiga hari bermula Selasa bagi membolehkan kerja-kerja nyahkuman dilakukan oleh pihak berwajib.


Perkara itu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun selepas kakitangan Jabatan Kesihatan menampalkan notis penutupan tersebut, tengah hari semalam.


Selain itu, anggota penguatkuasa dari pelbagai jabatan turut hadir membuat pemeriksaan di sekitar kawasan gerai makan pasar tersebut.


Difahamkan, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat dua pesakit yang disahkan positif COVID-19 telah mengunjungi gerai makan di pasar tersebut.


Beberapa hari yang lalu, Calvin turut mendapat aduan awam yang menyatakan keadaan pasar itu sesak pada awal pagi yang mana pengunjung dan peniaga dilihat telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


"Oleh itu, saya menggesa orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 secara berterusan. Sila jaga jarak antara satu sama lain ketika membeli barangan di pasar dan elakkan berkumpul sehingga tempat menjadi sesak.


"Kita tidak mahu pasar ini menjadi lokasi berisiko tinggi dalam penularan wabak COVID-19. Apabila pasar ditutup, ia bukan sahaja menjejaskan sumber pendapatan para peniaga, malah orang ramai juga tidak dapat membeli barangan keperluan harian di sini," katanya.


Beliau berkata, orang ramai ketika ini juga adalah barisan hadapan yang perlu memainkan peranan untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini. – Utusan Borneo

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page