“Gerakan” jatuhkan PM hanya propaganda menjelang pilihanraya negeri di Semenanjung - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

“Gerakan” jatuhkan PM hanya propaganda menjelang pilihanraya negeri di Semenanjung - Ewon

Ewon ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi.

6 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TAMPARULI: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyatakan ‘gerakan’ menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah propaganda politik menjelang pilihanraya negeri di Semenanjung.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan tidak yakin adanya gerakan tersebut dan jika adapun, ianya tidak akan terjadi.


Ini kerana, menurut beliau, Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentuk mengikut proses yang sah dan mengikut perlembagaan negara.


“Pelantikan Perdana Menteri hari ini melalui satu proses yang betul berasaskan Perlembagaan Malaysia dan semua proses pelantikan diperakukan oleh perlembagan dan Agong.


“Dengan perundangan yang ada seperti Akta Anti Lompat Parti di Parlimen, saya tidak yakin dengan sebarang gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Usahawan dan Koperasi MADANI sempena Pesta Kaamatan di Dewan Tun Hamdan di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas wujudnya desas-desus mengenai usaha pihak tertentu menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.


“Sekiranya ada, ia hanya propaganda sempena pilihan raya enam negeri di Semenanjung … ini yang saya lihat.


“Tiada lain dan tiada bukan, ia hanya satu propaganda yang diwujudkan oleh pihak lain untuk mengalih perhatian kepada pilihan raya enam negeri tesebut,” katanya.


Ewon berkata, sebagai presiden UPKO, beliau akan berusaha memastikan rakyat Sabah menyokong Kerajaan Perpaduan  yang merangkumi kepelbagaian kaum dan agama.


“Kalau usaha yang digerakkan itu dibuat pihak yang cenderung mengutamakan  satu kaum dan agama sahaja, Sabah tidak patut  menyertainya.


“Tanggungjawab saya sebagai presiden parti dan pimpinan Sabah untuk memastikan Sabah berada dalam kerajaan perpaduan yang mencakupi kepelbagaian kaum dan agama di negara ini,” katanya.

bottom of page