Gereja SIB Tamu Darat dan Kebayau terima sumbangan Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Gereja SIB Tamu Darat dan Kebayau terima sumbangan Ewon



Ewon (kanan) meninjau keadaan Gereja SIB Tamu Darat

14 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sejumlah RM7,000 kepada gereja Sidang Injil Borneo (SIB)Tamu Darat dan SIB Kebayau, hari ini.


Daripada jumlah itu, sebanyak RM5,000 disumbangkan kepada Gereja SIB Tamu Darat dan RM2,000 untuk Gereja SIB Kebayau.

Ewon berharap sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kewangan pihak pengurusan kedua-dua gereja berkenaan.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada wakil Gereja SIB Tamu darat.

“Ini adalah komitmen berterusan saya untuk membantu pembangunan rumah-rumah ibadat di kawasan Kadamaian, bukan sahaja gereja tetapi juga masjid,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas meninjau program gotong-royong membersihkan kawasan Gereja SIB Tamu Darat dan Gereja SIB Kebayau, pagi tadi.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada wakil Gereja SIB Kebayau.

Ewon berkata, sebelum ini pada 2020, beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk tujuan penyiapan pembinaan gereja SIB Tamu Darat.


Bagi Gereja SIB Kebayau pula, Ewon menyampaikan sumbangan RM2,000 untuk menambah Tabung pembangunan gereja.






bottom of page