GLC perlu peka beban Perniagaan, Orang Awam Susulan Banjir - PM
6 Disember 2024
KUALA LUMPUR : Bebanan yang ditanggung perniagaan dan orang awam, khususnya kemudahan seperti bayaran sewa bangunan dan ansuran bayaran balik pinjaman kewangan susulan bencana banjir yang melanda negara, perlu diambil kira oleh pihak berkaitan termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera pada Khamis yang antara lain menyentuh mengenai kesan banjir terhadap peniaga dan orang awam.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata mesyuarat turut membincangkan kemajuan syarikat-syarikat di bawah yayasan itu dalam menyokong inisiatif kerajaan, lapor Bernama.
Perdana Menteri berkata ia termasuk program GEAR-uP serta ketetapan Kongres Ekonomi Bumiputera.
Comments