GOLONGAN BERISIKO DAN B40 DI KAWASAN PADAT PENDUDUK PERLU DIBERI KEUTAMAAN VAKSINASIGOLONGAN BERISIKO DAN B40 DI KAWASAN PADAT PENDUDUK PERLU DIBERI KEUTAMAAN VAKSINASI
top of page
  • nabalunews

GOLONGAN BERISIKO DAN B40 DI KAWASAN PADAT PENDUDUK PERLU DIBERI KEUTAMAAN VAKSINASI


Tan Sri Annuar Musa.

13 Feb 2021


KUALA LUMPUR: Golongan berisiko dan anggota keluarga B40 yang tinggal di kawasan berkepadatan tinggi seperti pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Katanya, beliau akan berbincang mengenai cadangan itu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dalam masa terdekat.

“Kita mengetahui jumlah rakyat asing yang ramai adalah dari Wilayah Persekutuan dan di sektor binaan sahaja ada ratusan ribu pekerja asing.

“Oleh itu, di kawasan padat penduduk, kita menanggung risiko yang tinggi sebab tinggal berjiran dengan pendatang asing dan terbukti berlaku kes yang banyak,” katanya pada sidang media di Pusat Sementara Gelandangan Komuniti Sentul Perdana, di sini, hari ini. Jemaah Menteri sebelum ini bersetuju memperluaskan pemberian vaksin secara percuma kepada semua rakyat asing yang menetap di Malaysia. - Bernama


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page