top of page

GOLONGAN ISTIMEWA PERLU SOKONGAN SEMUA PIHAK: AMISAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 29, 2020
  • 2 min read

Amisah menyampaikan sumbangan kepada Jerry mewakili Bukit Harapan.


29 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin menyeru semua pihak supaya lebih peka dan terus membantu golongan istimewa.


Katanya masyarakat perlu sentiasa memberi sokongan moral dan bantuan sewajarnya kepada golongan istimewa itu, terutama kepada keluarga yang mengurus anak-anak istimewa.


"Kita wajar memberi perhatian kepada mereka kerana bukan mudah mengurus anak-anak istimewa yang mempunyai masalah seperti Sindrom Down, autisme, disleksia, masalah lambat dalam pembelajaran atau lambat pertuturan.


"Golongan istimewa mungkin mempunyai kekurangan dari segi fizikal atau minda namun sebenarnya mereka adalah jambatan yang mampu menghubungkan kita kepada ganjaran pahala yang besar dari Tuhan dan anak-anak istimewa ini mampu menyumbang kepada masyarakat jika mereka dididik dengan sumber pengajaran dan terapi yang berkesan," katanya.


Amisah dan Jerry bersama kanak-kanak istimewa Bukit Harapan.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan dan ziarah mesra beliau di Bukit Harapan, Jalan Tuaran Bypass di sini, hari ini.


Amisah yang juga Ketua Srikandi Bahagian Ranau berkata golongan istimewa memerlukan penjagaan khas bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan seharian sebaik mungkin.


"Mereka memerlukan pendidikan khas agar keistimewaan dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka dapat dicungkil dan dimanfaatkan sekaligus membolehkan mereka turut menyumbang kepada pembangunan negara.


Jerry menunjukkan pelan kawasan Bukit Harapan kepada Amisah.

"Aspek penting yang saya rasakan perlu diteliti khasnya oleh kerajaan adalah agar golongan istimewa ini dijaga sebaiknya oleh pihak bertanggungjawab dan tidak dianggap sebagai beban kerana mereka adalah sebahagian daripada kita dan tidak wajar untuk disisihkan daripada arus perkembangan dan permodenan teknologi semasa," katanya.


Amisan turut menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan penjagaan dan kebersihan diri serta makanan dan cek kepada penghuni Bukit Harapan.


Bukit Harapan dihuni oleh 45 orang yang terdiri daripada kanak-kanak istimewa dan ibu tunggal.



Bukit Harapan beroperasi sejak 9 Januari 1989 di Keningau dan berpindah ke lokasi terkini di Menggatal pada 2007, diasaskan oleh Datuk Anne John P. Arulnasalam Keyworth dan kini diselia oleh Audra Keyworth dan Jerry Kamijan.


Bagi mereka yang ingin menyampaikan sumbangan kepada Bukit Harapan, anda boleh menghubungi talian 088-424567 atau Jerry di talian 013-8656622.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page