top of page

Gotong-Royong Ceriakan Kawasan Kolam Tanah Projek Sejati Madani

  • nabalunews
  • Mar 13
  • 1 min read

13 Mac 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 17 penduduk Kampung Penempatan Wariu, di sini, berganding bahu melaksanakan aktiviti gotong-royong untuk menceriakan kawasan kolam tanah di bawah Projek Sejati Madani, semalam.


Selain itu, usahasama penduduk itu turut membina pondok bagi kuarantin anak ikan tilapia menggunakan dua unit tangki poli.


Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penempatan Wariu, Raim Ginsos berkata, tujuan utama program itu adalah untuk mengukuhkan kesatuan dan silaturahim dalam komuniti setempat.


Katanya, ia juga dilaksanakan sebagai inisiatif berterusan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk melalui inisiatif kerajaan Madani.


“Projek Sejati Madani dilihat sebagai langkah positif dalam membangunkan potensi ekonomi kampung, khususnya dalam bidang perikanan.


“Gotong-royong ini bukan saja membantu membaik pulih kawasan kolam tanah, tetapi juga membina pondok kuarantin untuk anak benih ikan tilapia,” katanya.


Menurutnya, dia percaya usaha komuniti dapat memastikan projek ini berjaya dan memberi manfaat kepada semua penduduk.


“Program ini juga mencerminkan komitmen kerajaan Madani dalam membawa perubahan positif kepada komuniti luar bandar.


“Melalui inisiatif seperti Projek Sejati Madani, kita berharap lebih banyak kampung akan mendapat manfaat daripada program pembangunan yang dilaksanakan.


“Kegiatan gotong-royong ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan diakhiri dengan sesi santai serta perbincangan mengenai langkah-langkah susulan untuk memastikan kelangsungan projek berkenaan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page