Gotong-Royong Perdana di Kg. Singgahmata, satukan komuniti Taginambur Jaya
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Gotong-Royong Perdana di Kg. Singgahmata, satukan komuniti Taginambur Jaya


25 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Komuniti Taginambur Jaya yang terdiri daripada Kampung Tamalang, Singgahmata, dan Bukit Bendera, berganding bahu dalam menjayakan Program Gotong-Royong Perdana baru-baru ini.


Semangat kebersamaan itu turut terserlah apabila lebih dari 30 orang ahli komuniti daripada ketiga-tiga kampung tersebut telah hadir dalam program tersebut.


Ini termasuk Penyelia UPPM Kadamaian, Joel Deukin, Pengerusi Jkkk Taginambur Jaya, John Sidoog, dan ahli JKKK Taginambur Jaya, telah hadir untuk memberikan sumbangan tenaga mereka.


Dalam pada itu, program gotong-royong tersebut juga mendapat sokongan kewangan daripada ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick, untuk menampung kos gotong-royong.


Gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan untuk memperindahkan kawasan tetapi juga untuk mengukuhkan perpaduan dan silaturahim di antara penduduk ketiga-tiga kampung tersebut. Ini adalah langkah positif ke arah pembangunan komuniti yang lebih erat dan harmonis.

bottom of page