• nabalunews

HAJIJI DOAKAN KEJAYAAN PELAJAR SPM SABAH


Datuk Hajiji

22 Feb 2021


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor mendoakan kejayaan pelajar-pelajar Sabah yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.


Hajiji berkata walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 dan perlu menduduki peperiksaan dalam keadaan norma baharu yang menerapkan prosedur operasi standard ketat, beliau yakin semua pelajar terbabit akan beroleh kejayaan cemerlang sekali gus membanggakan kedua ibu bapa dan guru-guru mereka.

“Saya berharap mereka menjawab soalan dengan sebaiknya dan telah membuat persediaan mencukupi. Selamat maju jaya dan saya mendoakan semua pelajar akan beroleh kejayaan.


“Saya turut mendoakan kejayaan buat semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.