Hajiji iringi Tun Musa sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja
- nabalunews
- Feb 11
- 1 min read

11 Februari 2026
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 yang berlangsung di Istana Negara pada Rabu.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji turut menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, di sini, pada Selasa.















Comments