HALATUJU JELAS DALAM BAJET NEGERI 2021: ABDUL GHANIHALATUJU JELAS DALAM BAJET NEGERI 2021: ABDUL GHANI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

HALATUJU JELAS DALAM BAJET NEGERI 2021: ABDUL GHANI



21 DIS 2020


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin optimis Belanjawan Negeri Sabah 2021 dengan slogan 'Sabah Maju Jaya' mempunyai hala tuju jelas dalam mendepani pelbagai masalah yang melanda Sabah, termasuk pandemik Covid-19.


Katanya, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan data bagi Sabah yang mana sektor ekonomi dijangka akan menguncup 15.0 peratus hingga 19.0 peratus dan disifatkan sebagai satu perkara yang terburuk untuk tempoh dua tahun berturut-turut sehingga hari kini berbanding pada tahun 2009.


"Walaupun demikian, keadaan ini bukanlah masalah yang tidak dapat kita tangani bersama ianya sesuatu keadaan yang mengajar kita semua untuk lebih berfikir dan berusaha untuk membangun semula negeri Sabah dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (PELAN SMJ) 2021-2025 menjadi panduan awal utama yang sedang dirangka secara teliti dan bijak oleh pihak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


"Hal ini bertepatan dengan agenda negara menuju ‘Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) yang mana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semestinya akan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan (WKB2030) yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara sekaligus merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat," katanya.


Beliau berkata demikian semasa membahas Belanjawan Sabah Tahun 2021 pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah yang ke-16 disini pada Isnin.


Menurut Ghani, belanjawan yang dicadang keseluruhannya berjumlah RM4,303.26 juta dan melalui jumlah tersebut sebanyak 13 agihan yang akan diperuntukkan kepada setiap kementerian.


"Belanjawan ini juga tidak melebihi paras daripada anggaran kutipan hasil pada tahun hadapan sebanyak RM4,481.96 juta, ini bermaksud akan wujudnya belanjawan lebihan yang berjumlah RM178.70 juta dan kita yakin bahawa sasaran kutipan hasil pada

tahun 2021 adalah diunjur sebanyak 7.0 peratus berbanding dengan tahun semasa dengan adanya sokongan komposisi kutipan daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Cukai.


"Belanjawan ini meperlihatkan bahawa ianya sesuai dengan tema, yakni mengutamakan kesejahteraan dan kemampanan ekonomi Sabah buktinya kenaikan sebanyak RM159.39 juta naik 3.85 peratus dalam perbelanjaan perbekalan bagi tujuan pembayaran Emolumen, Perbelanjaan Berulang dan Perbelanjaan Khas, berbanding aggaran asal tahun 2020," katanya.


Jelas Ghani lagi, anggaran perbelanjaan Pembangunan tahun 2021 ianya dilihat sebagai pemain utama kerana dalam agihan perbelanjaan pembangunan sektor ekonomi merupakan penerima amuan agihan terbesar iaitu 65.0 peratus, diikuti oleh Sektor Sosial 33 peratus dan Perkhidmatan Am sebanyak 2.0 peratus.


"Ini membuktikan bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat serius dalam mengembalikan dan merancakkan persekitaran ekonomi di negeri Sabah.


"Lihat saja pembentangan belanjawan yang telah dibentang oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Hajiji Noor, yang memfokuskan kepada usaha untuk menggalakkan pertumbuhan sektor produktif seperti pertanian, perindustrian dan pelancongan," katanya.


Dalam pembentangan belanjawan itu, sebanyak RM560.39 juta diperuntukan bagi agihan sektor pertanian, RM227.97 juta bagi agihan sektor pelancongan dan perindustrian.


Selain itu, Kementerian Kerja Raya Sabah dibawah kendalian menterinya merangkap Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mendapat agihan bajet sebanyak RM292.75 juta bagi Jabatan Kerja Raya, RM529.89 juta bagi Jabatan Air, RM57.75 juta bagi Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, RM81.64 juta bagi Jabatan Keretapi, RM21.59 juta bagi Jabatan Pelaburan dan Dermaga serta RM124.2 juta bagi Caruman Kumpulan Wang Penyelenggaraan Jalan Raya Dan Bekalan Air Serta Akaun Amanah Pembentungan .


Sebanyak RM225.45 juta agihan juga bakal diberi kan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi meningkatkan taraf hidup rakyat seiring dengan pembangunan perdana.


Dalam pada itu, sebanyak RM76.94 juta agihan turut disalurkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Kementerian Kewangan dan Jabatan Ketua Menteri dengan tujuan untuk pembangunan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT).

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page