Hampir seluruh Sabah kini zon merah Covid-19Hampir seluruh Sabah kini zon merah Covid-19
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Hampir seluruh Sabah kini zon merah Covid-19



26 Julai 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sebanyak 23 daerah di Sabah dikategorikan sebagai zon merah hari ini susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di beberapa daerah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah Telupid dan Semporna kini berubah dari zon jingga ke zon merah.


“Hanya dua daerah dalam zon jingga iaitu Tenom dan Kuala Penyu, manakala zon kuning pula ialah Tambunan dan Nabawan. Daerah-daerah lain dalam zon merah,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.


Masidi berkata, sepuluh daerah mencatatkan peningkatan kes baharu positif Covid-19 hari ini berbanding semalam (25 Julai).


“Antaranya Kalabakan meningkat sebanyak 108 kes, iaitu daripada hanya lapan kes semalam kepada 116 kes hari ini, diikuti Sandakan meningkat 20 kes dan Tawau meningkat 17 kes.


“Kota Belud turut mencatatkan peningkatan 13 kes, iaitu hanya dua kes semalam kepada 13 kes pada hari ini, Tuaran juga meningkat sembilan kes baharu, Kota Marudu (+4), Papar (+5), Tenom (+5), Semporna (+3) dan Pitas (+2),” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page