Hampir semua kes positif di Sabah hari ini hanya alami simptom ringan Hampir semua kes positif di Sabah hari ini hanya alami simptom ringan
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Hampir semua kes positif di Sabah hari ini hanya alami simptom ringan




6 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Hampir kesemua kes positif baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini hanya mengalami simptom ringan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sejumlah 91.41 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan kategori 2.


“Kategori 1 iaitu mereka yang tidak mengalami sebarang simptom sebanyak 364 kes kategori 2 iaitu yang mengalami simptom ringan sebanyak (816 kes). Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, kes bergejala yang tidak diketahui dari mana punca (sporadik) juga kekal tinggi iaitu sebanyak 299 kes.


Bagaimanapun katanya, kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kes harian di negeri ini iaitu sebanyak 772 kes.


“Dengan jumlah catatan sebanyak 772 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page