Hanya 53 ahli keluar DAP di Sandakan, bukan 180Hanya 53 ahli keluar DAP di Sandakan, bukan 180
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Hanya 53 ahli keluar DAP di Sandakan, bukan 180


28 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Setiausaha Organisasi DAP Sabah Liau Fui Fui mengesahkan bahawa hanya 53 sahaja ahli cawangan DAP Sandakan yang keluar parti, bukan 180 seperti yang dilaporkan.


Menerusi satu kenyataan, beliau berkata setakat semalam pihak parti masih belum menerima surat rasmi mengenai perkara tersebut dari cawangan Batu 8 Jalan Labuk, Taman Megah Jaya dan Kg Ulu Dusun.


Bagaimanapun, Liau menjelaskan bahawa cawangan Kg Ulu Dusun bukan cawangan DAP yang sah ditubuhkan, manakala cawangan Batu 8 Jalan Labuk mempunyai 25 orang ahli parti yang sah dan Taman Megah Jaya dengan 28 orang ahli.


“Oleh itu, saya jelaskan bahawa bukanlah 180 orang ahli parti yang keluar parti seperti yang disebutkan,” katanya.


Semalam, media melaporkan bahawa tiga cawangan yang merangkumi 180 ahli ini keluar parti.


Faktor yang menyebabkan mereka membuat keputusan itu kerana membantah pemilihan DAP baru-baru ini.


“Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) DAP Negeri Sabah telahpun disempurnakan selama seminggu yang lalu, dan keputusannya juga telah ditentukan.


“Dalam tempoh masa akan datang ini, saya akan memberi tumpuan atas pengendalian mesyuarat agong tahunan 2021 bagi 98 buah cawangan parti yang terdapat dalam negeri Sabah,” kata Liau.

Tags:

bottom of page