Hanya ibu bapa, penjaga lengkap vaksinasi dibenar ambil anak dari TaskaHanya ibu bapa, penjaga lengkap vaksinasi dibenar ambil anak dari Taska
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Hanya ibu bapa, penjaga lengkap vaksinasi dibenar ambil anak dari Taska


Gambar Hiasan

9 November 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Hanya ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksin dibenarkan untuk mengambil anak dari Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak.


Prosedur Operasi Standard (SOP) Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 itu berkuatkuasa hari ini (9 November).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pengusaha dan pengasuh Taska dan pusat jagaan itu juga wajib lengkap vaksin.


“Tempoh operasi pula bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam dengan kapasiti 50 peratus, bergantung kepada keluasan lantai dan penjarakan fizikal.


“Pengasuh, ibu bapa dan kanak-kanak juga mesti memakai pelitup muka sepanjang berada di Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak,” katanya.


Masidi berkata, antara aktiviti yang tidak dibenarkan ialah perbincangan bersemuka perihal anak di luar Taska atau Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan berkumpul atau bersentuhan tanpa penjarakan fizikal.


Beliau berkata, kanak-kanak tidak boleh berkongsi peralatan makanan minuman, peralatan menyusu, berkongsi katil, tilam, bantal, selimut, tidak dibenarkan mandi berkumpulan dan berkongsi pakaian, tuala dan peralatan pembersih diri.


Selain itu katanya, kanak-kanak yang demam atau sakit dan bacaan suhu 37.5 darjah Celsius ke atas tidak dibenarkan untuk memasuki premis itu.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page