Haramkan penjualan asid berbahaya di pasaran tempatan - Masiung
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Haramkan penjualan asid berbahaya di pasaran tempatan - Masiung


14 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KOTA KINABALU: Kerajaan harus mengambil langkah yang lebih tegas dengan mengharamkan penjualan kimia berbahaya seperti asid sulfurik pekat yang bebas dijual di pasaran negara ini.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah dalam satu kenyataan, mencadangkan agar kerajaan negeri dan persekutuan segera bertindak mengharamkan penjualan asid berbahaya ini di pasaran tempatan.

 

“Pihak berwajib perlu melihat perkara ini dari sudut negatif dan lesen penjualan asid kimia itu wajar dikaji semula. Kita bimbang tindakan kejam menyimbah asid akan menjadi trend sesiapa sahaja yang berniat zalim untuk menyerang mangsa,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut Masiung, kebelakangan ini bahan kimia itu sering disalah guna sebagai senjata yang mengancam nyawa manusia kerana ia begitu mudah diperolehi tanpa kawalan yang ketat.

Masiung.

Isu penggunaan asid sebagai senjata mendapat perhatian selepas beberapa laporan serangan melibatkan bahan kimia tersebut kepada orang awam termasuk pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, awal minggu lalu.

 

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu turut menyatakan bahawa bahan kimia berbahaya seperti sulfurik, hidroklorik dan nitric pekat boleh dibeli dengan mudah di kedai perkakasan logam atau hardware.

 

Menurut Masiung, asid pekat itu juga mudah diperoleh menerusi platform e-dagang dengan harga serendah RM50 ke bawah.

 

Masiung menekankan bahawa penjualan asid berbahaya perlu diharamkan di negara ini kerana ia berpotensi menjadi ikutan bagi sesiapa sahaja yang berniat untuk menyerang mangsa, termasuk pemimpin.

 

“Penjualan bahan kimia pekat yang tidak dikawal dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat berpanjangan kepada orang awam untuk tujuan permusuhan,” jelasnya.

 

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page