top of page

Keselamatan komuniti tanggungjawab bersama

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

Oleh Kidd

9 Julai 2026


KOTA BELUD: Keselamatan komuniti adalah tanggungjawab semua pihak bagi memastikan setiap keluarga dan masyarakat berada dalam persekitaran yang selamat.


Pemaju Mukim Kadamaian, Hadlee Panchai berkata, penglibatan aktif masyarakat bersama agensi berkaitan amat penting dalam memupuk budaya keselamatan, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi sebarang risiko atau kecemasan.


“Program seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan kebakaran, malah memberi kefahaman kepada masyarakat tentang penggunaan elektrik secara selamat di rumah dan di tempat kerja,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Komuniti Selamat di Dewan Gopog, Taginambur, mewakili Adun Kadamaian yang juga Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Hadlee berharap kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat akan terus diperkukuhkan.


Beliau berkata, program Komuniti Selamat diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran, memupuk amalan penggunaan elektrik secara selamat serta membentuk komuniti yang lebih peka terhadap aspek keselamatan.


Program anjuran Sabah Humanitarian Aid Association (SHAA) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sabah Electricity serta peniaga-peniaga kecil Pekan Taginambur itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan di peringkat komuniti.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page