HARGA RON95, RON97 TURUN 3 SEN, DIESEL TURUN 6 SENHARGA RON95, RON97 TURUN 3 SEN, DIESEL TURUN 6 SEN
top of page
  • nabalunews

HARGA RON95, RON97 TURUN 3 SEN, DIESEL TURUN 6 SEN


6 Nov 2020

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 7 Nov hingga 13 Nov ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.61,RM 1.91 dan RM1.68 seliter.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu hari ini. - Bernama

bottom of page