top of page

Hari Anzac penghormatan kepada tawanan Perang Dunia Kedua dan penduduk tempatan

  • nabalunews
  • Apr 25
  • 2 min read

25 April 2026


SANDAKAN: Hari Anzac bukan sahaja merupakan penghormatan kepada tawanan perang yang menderita dan terkorban semasa Perang Dunia Kedua, tetapi juga kepada ramai lagi individu.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hari ini, ketika kita mengimbau sejarah bersama antara Australia, Britain dan Malaysia, kita mengiktiraf bahawa ikatan antara rakyat kita terbina bukan sahaja melalui konflik, tetapi juga melalui sifat kemanusiaan dan belas ihsan.


“Warisan mereka yang menderita di Sandakan tidak dapat dipisahkan daripada warisan mereka yang membantu mereka untuk terus hidup, walaupun hanya untuk tempoh yang singkat,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee sempena Upacara Subuh Hari Anzac di Taman Peringatan Sandakan, di sini pada Sabtu.


Hajiji berkata, ribuan tawanan perang Australia dan Britain telah melalui keadaan yang amat kejam di kem-kem di seluruh Asia Tenggara semasa Perang Dunia Kedua, termasuk di Sandakan.


“Kem di Sandakan dan Ranau menjadi simbol penderitaan akibat kekejaman termasuk layanan zalim, kebuluran, buruh paksa serta perarakan maut yang terkenal, yang meragut hampir semua nyawa mereka yang ditahan.


“Namun, walaupun dalam keadaan paling gelap, nilai kemanusiaan tetap wujud. Penduduk kampung bersama keluarga mereka mempertaruhkan nyawa untuk membantu para tawanan.


“Kita mengenang dengan penuh bangga keberanian penduduk tempatan yang mengambil risiko “Setiap tawanan yang terselamat berhutang nyawa kepada mereka yang melindungi dan menyokong sehingga peluang untuk diselamatkan menjadi kenyataan.


“Membantu tawanan ini adalah satu kesalahan serius yang boleh dihukum dengan pukulan atau kematian, namun penduduk kampung bertindak demikian kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan,” katanya.


Ketua Menteri berkata, keberanian penduduk kampung itu menjadi contoh bahawa walaupun dalam saat paling gelap, setiap individu mempunyai keupayaan untuk membawa perubahan dalam kehidupan orang lain.


“Hari ini, kita menghormati jasa dan pengorbanan mereka yang menjadi tawanan perang di sini.


“Sifat kemanusiaan yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan menjadi sinar harapan dalam tempoh yang amat perit. Kenangan itu terus kekal sebagai ikatan yang berkekalan antara rakyat kita,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page