Hari Etnik Sabah 6.0 berpotensi jadi produk pelancongan budaya
- nabalunews
- Apr 26
- 1 min read

26 April 2026
KOTA KINABALU: Hari Etnik Sabah 6.0 berpotensi menjadi produk pelancongan budaya utama negeri, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong serta memperkenalkan kepelbagaian warisan etnik Sabah ke peringkat global.
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata program itu bukan sahaja mempromosikan keunikan budaya tempatan, malah memperkukuh hubungan antara institusi Yang di-Pertua Negeri Sabah dengan rakyat pelbagai etnik.
“Selain menghimpunkan 35 etnik di Sabah, program ini turut membuka ruang kepada badan kebudayaan untuk mempromosikan warisan masing-masing sebagai tarikan pelancongan yang berpotensi diketengahkan ke peringkat antarabangsa.
“Penyertaan 182 pimpinan persatuan etnik dalam penganjuran kali ini turut mencerminkan kekuatan kepelbagaian budaya yang menjadi aset utama Sabah dalam industri pelancongan,” katanya pada sidang media di Dataran Deasoka, di sini pada Sabtu.
Nizam berkata, penganjuran program itu turut menampilkan Sabah sebagai model perpaduan melalui kepelbagaian budaya.
Uajrnya, program itu juga dilihat sebagai pelengkap kepada usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia serta sebagai persediaan awal ke arah Tahun Melawat Sabah 2027.
Selain perarakan budaya, acara itu turut menampilkan persembahan tarian serta pameran pakaian tradisional pelbagai etnik yang menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.















Comments