Himpunan Solidariti Justice For Zara Qairina 2.0 Dihadiri Ribuan Orang
- nabalunews
- 3d
- 1 min read

1 September 2025
KOTA KINABALU: Himpunan Solidariti Justice For Zara Qairina 2.0 yang berlangsung di kawasan parkir Kompleks Sukan Likas, di sini, dihadiri ribuan peserta sebagai tanda sokongan dan menuntut keadilan untuk keluarga mangsa.
Keadaan sekitar menjadi sesak apabila jalan utama menuju stadium dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang hadir dari pelbagai lapisan masyarakat.
Bermula dari pintu masuk hingga ke ruang utama, parkir Kompleks Sukan Likas dipenuhi lautan manusia yang membawa sepanduk, poster dan melaungkan tuntutan keadilan buat Zara Qairina.

Malah, acara turut mendapat sokongan 30 kenderaan pacuan empat roda dari Triton Rally Community (TRAC) Masjid Bandaraya dan 40 motosikal berkuasa tinggi yang berkonvoi dari PPNS ke tapak himpunan.
Sorakan, nyanyian serta laungan solidariti bergema di udara, menggambarkan gelombang kebangkitan rakyat yang bersatu hati menzahirkan sokongan padu dalam perjuangan ini.

Suasana penuh emosi itu sekali lagi membuktikan bahawa solidariti rakyat Sabah tetap utuh, meskipun dalam keadaan penuh sesak dan padat.
Comments