top of page

Hormat-Menghormati Antara Parti Sentiasa Menjadi Pegangan Gagasan Rakyat

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

22 Jun 2025


KOTA KINABALU: Gagasan Rakyat sentiasa mementingkan kerjasama politik dan hubungan harmoni antara parti-parti bagi menjamin kestabilan politik di Sabah.


Setiausaha Agung merangkap Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Darau, Datuk Razali Razi berkata, parti itu tidak mahu dilihat sebagai 'abang besar' dalam mana-mana gabungan.


Katanya, ia kerana perjuangan utamanya adalah meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi atau parti.


“Pengalaman lalu mengajar parti itu agar sentiasa menjalin hubungan saling hormat-menghormati antara parti komponen dalam gabungan sendiri.


“Oleh yang demikian, Gagasan Rakyat menolak budaya dominasi dalam kerjasama politik,” katanya ketika ditemui sebaik selesai Persidangan Gagasan Rakyat Bahagian Darau 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.


Persidangan yang turut dihadiri pimpinan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) antaranya Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Maju Sabah (SAPP) itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali.


Razali berkata, resolusi yang diluluskan dalam persidangan agar dirinya menjadi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) adalah satu harapan dan aspirasi daripada akar umbi Bahagian Darau.


“Namun, saya ingin tegaskan bahawa keputusan tersebut hanya datang daripada Gagasan Rakyat Darau. Kita perlu peka terhadap pandangan pihak lain. Paling penting adalah kestabilan politik.


“Sekiranya Presiden parti memutuskan calon bukan dari Gagasan Rakyat, saya akan menerimanya dengan hati terbuka. Secara peribadi, apa yang saya mahukan ialah Presiden saya menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page