Hospital Cari waris pesakit

20 Januari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
SANDAKAN - Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan sedang mengesan waris atau keluarga kepada seorang pesakit yang dikenali sebagai Adil, 20an.
Menerusi satu kenyataan di Sandakan hari ini (Isnin), Pengarah HDOK Sandakan, Dr.Mohd Fahmie Othman menyatakan, pesakit itu telah dimasukkan ke wad lelaki Psikiatrik HDOK Sandakan pada 8 Januari lalu selepas dia dihantar oleh pihak Polis ke hospital ini.
Sebelum itu, pada tarikh sama, pesakit berkenaan di temui oleh orang awam berkelakuan kurang normal berhampiran Agro Bazar Batu 32, Check Point, Sandakan lalu diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan susulan dan dihantar ke HDOK Sandakan.
Namun, sehingga kini, tiada waris atau ahli keluarga pesakit itu datang melawat dan menjaganya di wad berkenaan dimana pesakit juga tidak dapat memberi maklumat berkenaan dirinya.
Justeru, orang ramai yang mengenalinya boleh berhubung dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan HDOK Sandakan, Mohamad Johari Omardin di talian 089-248599 dan 01110705309 atau wad Psikiatrik di talian 089-248600 sambungan 5510 atau 5512 bagi membantu mengesan waris kepada pesakit itu.
Comentarios