top of page

HPPNK akan diadakan di Sook selama tiga hari mulai 18 Julai

  • nabalunews
  • Jun 22, 2025
  • 1 min read


Arthur menyaksikan jualan hasil pertanian yang dijual di Pasar Tamu Rancangan Belia Tiulon.
Arthur menyaksikan jualan hasil pertanian yang dijual di Pasar Tamu Rancangan Belia Tiulon.

22 Jun 2025


KENINGAU: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) bukan sekadar pameran hasil tani semata-mata, sebaliknya akan menjadi medan padanan perniagaan, demonstrasi teknologi moden serta perkongsian ilmu dalam sektor agromakanan.


Program tahunan anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu bakal berlangsung di Tawau dan Sook bulan depan, yang dijadualkan pada 18 hingga 20 Julai.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, HPPNK akan memulakan penganjuran di Tawau sebelum diteruskan ke Sook.

Manakala majlis kemuncak dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kota Kinabalu pada 1 Ogos.


“Kita akan mula "roadshow"HPPNK dengan "kick-off" di Tawau, kemudian ke pekan Sook pada 18, 19 dan 20 Julai. Majlis kemuncaknya akan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 1 Ogos nanti di Kota Kinabalu" katanya.


Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian

selepas merasmikan Pasar Tamu Rancangan Belia Tiulon, di Sook pada Sabtu.


Menurut beliau, program itu akan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pemain industri, usahawan tani serta masyarakat umum menerusi pendekatan pameran berskala besar yang lebih interaktif dan berimpak tinggi.


“Ia menjadi ruang untuk perkongsian ilmu, peluang pasaran dan pendedahan kepada teknologi baharu dalam sektor agromakanan tempatan” katanya lagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page