top of page
  • nabalunews

Hubungan baik antara parti-parti komponen GRS penting bagi menghadapi PRN17



29 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


NABAWAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin mengingatkan kepada semua ahli parti agar menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Katanya, hubungan baik antara parti-parti komponen GRS penting bagi menghadapi pihak lawan pada PRN 17 akan datang.


"Kita perlu bersatu hati dalam membangun dan mensejahterakan negeri Sabah khususnya kawasan kita Nabawan, nasihat saya jangan timbulkan isu atau elakkan perkara-perkara yang boleh merenggangkan hubungan baik

kita dengan rakan-rakan parti komponen dalam GRS" jelasnya.


Beliau turut bepesanan agar hubungan erat sesama parti-parti komponen GRS perlu dijaga dengan baik dan elakkan isu-isu atau perkara sensitif yang boleh merenggangkan hubungan baik demi kesejahteraan semua.


Pada masa sama Ghani menyeru kepada sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis di pelbagai peringkat untuk bersiap siaga dan memperkemaskan jentera untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri ke-17 yang akan diadakan pada bila-bila masa.


"Apa yang penting pemimpin-pemimpin parti di peringkat bahagian mahupun cawangan perlu meyakinkan akar umbi parti seiring dengan perjuangan dan saling membantu dalam meyakinkan rakyat bahawa parti yang kita perjuang boleh membawa kepada perubahan dan pembangunan untuk kesejahteraan kawasan kita dan amnya negeri Sabah" jelasnya lagi.

Comentarios


bottom of page