Hujan berterusan di Sabah sehingga Selesa Hujan berterusan di Sabah sehingga Selesa
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Hujan berterusan di Sabah sehingga Selesa


Gambar fail

3 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan berterusan di beberapa daerah di Sabah sehingga Selasa ini.


Hujan dijangka berterusan di beberapa bahagian Pantai Barat Sabah melibatkan daerah Tuaran, Ranau dan Kota Belud.


Manakala bagi Pantai Timur pula daerah yang terlibat adalah Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.


Hujan lebat yang berterusan sejak 31 Disember lalu menyebabkan banjir di Kota Marudu, Pitas, Paitan, Beluran, Telupid dan Sandakan.


Berdasarkan laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah, mangsa banjir di Sabah yang direkodkan setakat ini ialah sebanyak 3,398 dan ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara (PPS).


Orang ramai diingatkan untuk terus berwaspada semasa keadaan hujan lebat teruatamanya yang tinggal di kawasan rendah.

bottom of page