• Wartawan Nabalu News

Hujan lebat dan ribut petir di beberapa daerah di Sabah dan Sarawak



11 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Beberapa daerah di Sabah dan Sarawak dijangka akan mengalami hujan lebat dan rebut petir pada petang ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir itu di laman sosial rasminya pada jam 4.20 petang tadi.


Menurut MetMalaysia dalam kenyataannya hari ini, bagi Sabah kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir ialah di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, dan Pantai Timur.


Kawasan Pedalaman melibatkan daerah Beaufort manakala Pantai Barat pula melibatkan Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau.


Bagi kawasan Pantai Timur, daerah yang terlibat ialah di Lahad Datu, Tongod, Telupid dan Beluran.


Di Sarawak pula daerah yang dijangka mengalami hujan lebat dan rebit petir pula ialah di Bukit Mabong, Belaga, Miri (Marudi) dan Limbang.


Hujan lebat dan ribut petir di kawasan tersebut dijangka akan berlaku sehingga pukul 6 petang di Sabah dan 7 malam di Sarawak.