Ibu Pejabat UPKO ditutup sementara untuk sanitasi

14 Feb 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
PENAMPANG: Ibu Pejabat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) di sini, akan ditutup sementara selama seminggu bermula hari ini (14 Feb).
Menurut Jurucakap Ibu Pejabat UPKO, penutupan sementara itu bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan sebagai langkah membendung penularan Covid-19.
Pejabat itu ditutup sementara (14 Feb sehingga 18 Feb) selepas beberapa kakitangan disahkan positif Covid-19.
Sebelum ini KKM mengarahkan agar mana-mana premis yang disahkan ada kes positif Covid-19 supaya ditutup serta merta bagi proses pembersihan segera.
Ibu Pejabat Upko Donggongon akan beroperasi seperti biasa pada 21 Feb ini.
תגובות