top of page

ILMAN Diperkasa Sebagai Pusat Pendidikan Adat Sabah

  • nabalunews
  • Apr 29
  • 1 min read

29 April 2026


KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan terus komited memperkasa peranan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) sebagai pusat rujukan utama dalam pendidikan dan penyebaran maklumat berkaitan adat serta warisan anak negeri di Sabah.


Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha itu dilaksanakan selaras dengan keperluan memperkukuh institusi adat agar kekal relevan dan berfungsi secara efektif dalam konteks semasa.


Katanya, antara langkah utama yang sedang dirangka adalah cadangan penubuhan Lembaga Pengelola ILMAN.


“Lembaga ini akan berperanan sebagai badan penggubal dasar serta pemantau utama bagi memastikan hala tuju institusi tersebut lebih tersusun dan berkesan.


“Penubuhan lembaga ini penting bagi memastikan tadbir urus ILMAN berada pada tahap terbaik, di samping menjamin pelaksanaan program berjalan secara sistematik dan selaras dengan objektif pemeliharaan serta pemerkasaan adat dan warisan anak negeri Sabah,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.


Arifin berkata, kementerian juga memberi perhatian kepada usaha menaik taraf dan menambah baik kemudahan sedia ada ILMAN.


Katanya, langkah itu dilihat penting bagi memastikan institusi tersebut dapat berfungsi dengan lebih optimum selaras dengan matlamat penubuhannya.


“Dalam masa sama, penambahbaikan yang dirancang diharap dapat memperkukuh peranan ILMAN sebagai institusi latihan utama, khususnya dalam memperkasa kefahaman berkaitan sistem adat dan Mahkamah Anak Negeri di negeri ini.


“Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara identiti budaya serta memastikan warisan adat terus dipertahankan untuk generasi akan datang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page