top of page

Inisiatif Pas My50 diteruskan, RM216 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2025

  • nabalunews
  • Oct 24, 2024
  • 1 min read



24 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan komited untuk memperkasa inisiatif pas My50 pada tahun hadapan, dengan sasaran lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan perkhidmatan pengangkutan awam tanpa had.

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa peruntukan sebanyak RM216 juta telah disediakan dalam Belanjawan 2025 bagi meneruskan inisiatif ini, yang akan memberi manfaat kepada 226,000 pengguna setiap bulan.

 

“Kami memang mengalu-alukan lebih ramai pengguna untuk menyertai inisiatif pas My50 ini. Inisiatif ini bukan sahaja mampu menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, malah ia secara praktikal dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata Loke ketika Taklimat Media Mengenai Operasi Rapid KL Pasca Belanjawan 2025 di Stesen LRT, Pasar Seni.

 

Selain itu, beliau turut menggesa Prasarana Malaysia Bhd untuk mempercepatkan usaha mengintegrasikan pas My50 dengan aplikasi Touch & Go E-Wallet bagi memudahkan urusan tambah nilai secara dalam talian dan mengurangkan kesesakan di kaunter.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page