top of page

Inisiatif Redi Luaskan Ekosistem Cashless Society Di Seluruh Negara Khususnya Kawasan Luar Bandar

  • nabalunews
  • Jul 1, 2025
  • 2 min read

1 Julai 2025


PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

meneruskan komitmen dalam memperkasakan sektor peruncitan tempatan melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau Retail Digitalisation Initiative (ReDI).


Pelaksanaan ReDI bertujuan untuk memperkenalkan kaedah perniagaan berasaskan digital, khususnya penggunaan e-wallet dalam kalangan peniaga terutamanya di luar bandar.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bagi menyokong usaha itu, KPDN menganjurkan Kembara ReDI Borneo 2025.

Katanya, Program Kembara selama 10 hari ini telah bermula pada 26 Jun lalu dengan lokasi pertama di Sematan, Sarawak dan dijadualkan akan berakhir pada 5 Julai depan di Tawau.


“Penganjuran program Kembara ReDI Borneo 2025 ini merupakan satu langkah proaktif KPDN dalam usaha memberi pendedahan kepada peniaga luar bandar berhubung pengoperasian perniagaan berkonsepkan digital.


“Fokus utama adalah penggunaan kemudahan e-wallet dalam urusan transaksi pembelian dan mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai (cashless society) di seluruh negara khususnya kawasan luar bandar,” katanya.

Menurutnya, Inisiatif ReDI menawarkan pengurusan kewangan yang efisien, peluang

perkembangan perniagaan, kepelbagaian pilihan pembayaran dan juga pengurusan inventori yang lebih berkesan yang boleh dimanfaatkan oleh para peniaga.


Katanya, usaha ini dilaksanakan melalui sokongan dan kerjasama rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia, PayNet dan syarikat penyedia e-wallet yang berdaftar seperti Touch&Go e-wallet, GrabPay,

ShopeePay, MAE Maybank, Boost dan SPay Global.


“Sejak dilancarkan pada 27 Ogos 2022 sehingga 31 Mei tahun ini, KPDN telah

membantu 22,368 peniaga untuk mendaftar dengan e-wallet di seluruh negara.

“Jumlah ini adalah melebihi sasaran 100 peratus iaitu 15,000 peniaga berdaftar menjelang tahun 2025 seperti yang ditetapkan di bawah RMK-12.


“Bermula 1 Januari sehingga 31 Mei 2025, jumlah peniaga berdaftar ReDI

merekodkan jumlah keseluruhan seramai 3,229 peniaga di seluruh negara,” katanya.


Menurutnya, menerusi jumlah itu, peniaga berdaftar bagi negeri Sabah adalah

1,120 dan 1,799 bagi negeri Sarawak.

“Setakat 5 hari Kembara ReDI Borneo 2025 ini dilaksanakan, jumlah peniaga berdaftar bagi negeri Sabah dan Sarawak adalah seramai 3,708 orang,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page