top of page

Inisiatif sumbangan Touchpoint Kelahiran perkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat

  • nabalunews
  • Oct 19, 2024
  • 1 min read


19 Oktober 2024


KOTA BELUD : Sumbangan Touchpoint Kelahiran yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian untuk memperkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat serta memberikan sokongan kepada penduduk setempat diteruskan hari ini.


Pemaju Mukim, Anichlose Kesimin, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick telah menyampaikan sumbangan Touchpoint Kelahiran kepada Alexander Saibun dari Kampung Kiau Bersatu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian sempena kelahiran anaknya, Adker Adelbert Alexander.


Inisiatif ini adalah antara usaha Ewon melalui Pusat Khidmat ADUN Kadamaian untuk membantu masyarakat setempat dalam pelbagai aspek, termasuk kebajikan keluarga dan sokongan terhadap kelahiran anak-anak baru dalam komuniti.


Bantuan Touchpoint ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga, di samping menunjukkan keprihatinan pihak wakil rakyat terhadap rakyat di kawasan Dun Kadamaian. Semoga sumbangan Touchpoint Kelahiran ini membantu menyokong kesejahteraan keluarga adik Adker Adelbert Alexander.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page