Insiden bot karam, mayat pemancing ditemui
- nabalunews
- Jul 21, 2025
- 1 min read

21 Julai 2025
KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di sungai selepas bot dinaiki karam di Ladang Temenggong, di sini, ditemui meninggal dunia.
Mangsa yang dikenali sebagai Adzly Kassim, 46, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 15 meter dari lokasi kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang Ahad.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang pergi ke lokasi bersama tiga rakannya untuk memancing sempat menyelamatkan diri sebelum membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya yang menerima laporan dari Balai Polis Kinabatangan pada jam 11.49 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Pasukan Bomba yang tiba pada jam 3 petang di lokasi terus menjalankan operasi SAR di sekitar lokasi bot karam bersama penduduk kampung.
“Mangsa akhirnya berjaya ditemui jam 6.30 petang kira-kira 15 meter daripada lokasi bot mangsa dilaporkan karam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.















Comments