top of page

Insken Anjur Kursus Fasilitator Keusahawanan

  • nabalunews
  • Jul 26, 2025
  • 1 min read

26 Julai 2025


KOTA KINABALU: Institut Keusahawanan Negara (Insken) buat julung kalinya menganjurkan Kursus Fasilitator Keusahawanan INSKEN (KFK) di Sabah.


Kursus yang dibuka kepada orang ramai itu berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang profesional termasuk pegawai pembangunan usahawan, penyedia latihan, pakar industri dan usahawan tempatan.


Antara pengisian kursus berkenaan termasuk memberi peluang kepada usahawan yang ingin melatih sendiri pekerja atau staf mereka supaya lebih bersedia dan berkemahiran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Insken menegaskan, modul baharu KFK disusun secara praktikal dan lebih tersasar kepada keperluan semasa.


Katanya, ia termasuk integrasi penggunaan 𝘼𝙧𝙩𝙞𝙛𝙞𝙘𝙞𝙖𝙡 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙡𝙡𝙞𝙜𝙚𝙣𝙘𝙚 (𝘼𝙄) dalam sesi fasilitasi yang mendedahkan peserta kepada kemahiran mendengar secara aktif, teknik membina soalan yang berkesan serta pendekatan 𝑮𝑹𝑶𝑾 yang digunakan dalam sesi bimbingan keusahawanan.


“Topik seperti strategi kos dan penetapan harga turut menarik minat ramai peserta, manakala Modul 𝐌𝐎𝐅𝐀 dan Aplikasi Fasilitator dikenalpasti sebagai antara yang paling memberi impak, khususnya dalam pelaksanaan di lapangan.


“Struktur program yang sistematik, kandungan yang mudah difahami serta alat bantu yang praktikal menjadikan pengalaman pembelajaran lebih tersusun, berkesan dan relevan untuk tugasan fasilitasi sebenar,” katanya.


Menurutnya, KFK bukan sekadar kursus, tetapi satu platform penting dalam melahirkan fasilitator keusahawanan yang bersedia menyumbang kepada pembangunan usahawan tempatan secara berstruktur dan berimpak.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Viviantie Sarjuni dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Mary Jim yang hadir pada program berkenaan turut berkesempatan menyampaikan amanat serta menyuntik semangat kepada para peserta.


Ia sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan fasilitator keusahawanan untuk memberikan sokongan dan galakan kepada peserta.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page