top of page

Institusi pendidikan perlu jadi pemacu perubahan, rakan strategik kerajaan

  • nabalunews
  • 34 minutes ago
  • 1 min read

21 Januari 2025


KOTA KINABALU: Institusi pendidikan perlu memainkan peranan lebih proaktif sebagai pemacu perubahan dan rakan strategik kepada kerajaan serta masyarakat dalam mendukung agenda pembangunan sosio-ekonomi Sabah pasca Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).


Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, institusi pendidikan tidak boleh sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya perlu tampil sebagai ejen pembangunan yang menyumbang secara langsung kepada hala tuju negeri.


“PRN17 telah membuka lembaran baharu dalam landskap politik dan pentadbiran Sabah.

“Ia membawa harapan rakyat terhadap sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan berkeupayaan melonjakkan pembangunan sosio-ekonomi negeri secara mampan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pasca Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17: Dinamika Baharu Sosio-Politik dan Halatuju Ekonomi Negeri di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata institusi pendidikan tinggi mempunyai tanggungjawab besar untuk menyokong usaha kerajaan melalui penyelidikan, pembangunan modal insan dan penglibatan komuniti yang berimpak tinggi


“Sabah memerlukan generasi baharu yang bukan sahaja berpengetahuan, malah memiliki kemahiran tinggi, berdaya saing, beretika serta berjiwa komuniti agar dapat menyumbang kepada pembangunan negeri secara inklusif,” katanya.


Seminar selama dua hari itu menghimpunkan antaranya ahli akademik dan pemegang taruh yang membincangkan pelbagai isu serta dapatan pasca PRN17 menerusi sesi ucaptama, forum dan pembentangan, dengan fokus kepada dinamika sosio-politik serta hala tuju ekonomi Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page